Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd

Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 8 Ogos 2011. Eaglexpress menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara secara sewa khas untuk keperluan rasmi, kargo udara, pelancongan, jemaah haji dan umrah di Malaysia dan Asia.Pada 16 Januari 2012, Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat, Datuk Abdul Rahim Bakri di Menara Kuala Lumpur.Pengerusi syarikat ini ialah Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Haji Che Mat manakala CEO atau Presiden syarikat ialah Captain Azlan Zainal Abidin.Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd menyasarkan sepanjang tahun depan akan menawarkan perkhidmatan penerbangan kepada 50,000 hingga 55,000 jemaah umrah dari Malaysia. Sasaran syarikat ini menyediakan 112 penerbangan KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, Arab Saudi membabitkan 450 penumpang setiap penerbangan. Setiap krew kabin perlu mematuhi syarat khas seperti berpakaian menutup aurat termasuk krew bukan Islam serta mengikuti kursus umrah bagi meningkatkan pemahaman mereka. Setiap penerbangan serta perkhidmatan kargo berkenaan,tidak akan menawarkan sebarang penjualan minuman keras.Penerbangan sulung pesawat Boeing 747-400 turut disaksikan Pengerusi Eksekutif Eaglexpress, Tan Sri Dr Aseh Che Mat serta Ketua Eksekutifnya, Kapten Azlan Zainal Abidin.Penerbangan pertama berkenaan yang mengambil masa empat jam sepuluh minit antara KLIA ke Sabah, dari Sabah ke KLIA untuk mendapatkan lesen penerbangan air operator's certificate (AOC)[] dengan disertai 100 penumpang.